Dari alam kegelapan membawa sirna.
Mendaki bukit, menuruni lembah.
Menyelusuri sungai, menempuh
lautan.
Sejarah Ayat Qursi
Ayat Qursi diturunkan setelah
hijrah. Semasa Penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka.
Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang
dari umatku membaca Ayat Qursi 12x, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan
solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan
darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak 3x, dan pada
hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang meninari semua penghuni
dunia.
Kedudukan & Kemuliaan Ayat Qursi
Ayat Qursi adalah ayat yang paling
agung dalam al-Quran. Sekian banyak riwayat yang bersumber daripada Rasul dan
sahabat-sahabat Baginda yang menyebutkan hakikat ini. Antara lain dari seorang
sahabat Nabi yang bernama Ubai bin Ka’ab yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad
SAW pernah bertanya kepadanya:
Ubaiy juga menghuraikan dalam
riwayat lain, bahawa ia perah bertemu dengan jin dan bertanya kepadanya;
Kes yang hampir sama dialami oleh
sahabat Nabi yang lain iaitu Abu Hurairah, ketika diprintahkan Nabi SAW menjaga
kurma sedekah.
Ayatul 'Hifz'
Ayat Qursi dinamai juga Ayatul Hifz
(ayat pemelihara), kerana pembaca yang menghayati maknanya dapat memperoleh
perlindungan Allah SWT.
Dalam konteks ini paling tidak ada
dua hal yang dapat dikemukakan.
Pertama, ayat ini
berbicara tentang Allah SWT dan sifat2Nya.
Kandungan huraiannya saja sudah
cukup menjadikan ayat ini ayat yang agung. Apalagi Ayat Qursi merupakan
satu-satunya ayat dalam redaksinya terdapat kata yang berikut;
Perhatikanlah terjemahan di bawah
ini;
Kedua, adalah
perkara yang berkaitan dengan kandungan pesanan dari ayat ini. Apabila pembaca
membaca Ayat Kursi dengan menghayati maknanya dan hadir dalam jiwa dan benaknya
kebesaran Allah yang terangkum dalam ayat ini:
Yakni dengan sifat al-Hayyu (Yang Maha Hidup dengan kehidupan yang kekal)
1)Tangan Kanan. 3 jari mengalami masalah saraf.
2)Tangan Kiri. 2 jari mengalami masalah saraf.
3)Awalnya, kedua-duanya perlu ber-anduh.
4)Ternyata, tangan kiri lebih lekas menunjukkan kesembuhan positif, sentosa walau tanpa anduh.
*Masalah saraf dialami bila mana sensor atau deria rasa pada kulit tidak dirasai.
( Alhamdulillah. Setelah sekian sudah, jari-jemari kembali pulih tanpa masalah saraf serta kedua-dua skru pada pergelangan tangan berjaya diketatkan kembali. Ajaib bukan? kehebatan Ayat Kursi, kuasa Ilahi)
Ini cuma jaluran sebuah kisah yang telah terjadi.
Namun bagi anda,
Pernah atau sedang engkau menderitai penyakit yang sukar disembuhkan?
Sesama
Memahami Bait2 Ayat
Bagi yang
membacanya, pastilah jiwanya akan dipenuhi ketenangan, biiznillah..
Boleh jadi
ketika itu, terlintas di dalam benak si pembaca, bisikan Iblis yang berkata
bahawa yang dimohonkan pertolongan dan perlinungannya itu, dahulu pernah ada,
tetapi kini telah ‘mati’, maka penggalan ayat berikutnya, meyakinkannya tentang
kekeliruan godaan tersebut:
Yakni dengan sifat al-Hayyu (Yang Maha Hidup dengan kehidupan yang kekal)
Boleh jadi
Iblis datang lagi dengan membawa keraguan dengan berkata;
“Memang Dia
hidup kekal, tetapi Dia tidak menghiraukan dengan urusan manusia, apalagi si
pemohon”
Kali ini
penggal ayat berikut membantah kebohongan ini dengan berfirman;
“al-Qayyum” (Yang
terus menerus mengurus makhlukNya), dan untuk lebih mengkonkritkan keyakinan
dilanjutkannya huraian sifat Allah itu dengan menyatakan;
Dengan
penjelasan in. hilang keraguan yang dilemparkan Iblis itu. Setelah itu, bleh
jadi Iblis dating lagi dengan membisikkan bahawa Allah tidak kuasa menjangkau
ke seluruh tempat. Untuk membantah bisikan jahat ini, penggalan ayat berikutnya
menyatakan;
Tidak hanya
dengan itu, tetapi penjelasan ini dilanjutkan dengan firmanNya;
Dalam erti
kata bahawa tidak ada lagi yang dapat melakukan sesuatu tanpz izinNya. Dengan
demikian perkasa sehingga berbicara dihadapanNya pun harus setelah memperoleh
restuNya, bahkan apa yang disampaikan harus sesuatu yang hak dan benar. Oleh
kerana itu, jangan mengira aka nada permintaan yang bertentangan dengan
keadilan dan kebenaran.
Kemudian,
boleh jadi Iblis belum berputus asa meragukan pembaca ayat ini. Ia berkata;
“Musuh anda
mempunyai rencana yang demikian terperinci sehingga tidak diketahui Tuhan”
Lanjutan
ayat Kursi membantah bisikan ini dengan menyebutkan:
Yakni Allah
mengetahui apa yang mereka lakukan dan rncanakan sama ada yang berkaitan dengan
masa kini dan akan dating mahupun masa
lampau, dan juga ayat;
Ini bererti
bahawa apa yang direncanakan Tuhan tidak mereka ketahui kecuali apa yang
disampaikan Tuhan kepada mereka.
Untuk lebih
meyakinkan lagi, dinyatakanNya dalam ayat;
Kini sekali
lagi boleh jadi Iblis dating dengan godaann barunya dengan membisikkan;
“Kalau
demikian terlalu luas kekuasaan Tuhan dan terlalu banyak jangkauan urusanNya,
Dia pasti letih dan bosan mengurus semua itu”.
Penggalan
ayat berikut sekali gus penutupnya membantah keragu-raguan ini;
Demikian
Ayat Kursi menanamkan ke dalam jiwa pembacanya kebesaran dan kekuasaanNya,
serta kemampuan Allah SWT memelihara dan melindungi sesiapa yang telus meemohon
kepadaNya.
Melambangkan
SifatNya
Ilmu Allah
amat luas, meliputi segala makhluk ciptaanNya, baik yang dahulu, sekarang dan
akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah
juga amat luas kerajaan dan kekuasaanNya, langit dan bumi seluruhnya di dalam
gengamanNya.
Itulah ayat
yang mengandung kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah, Dari sini terbina
tujuan pengabdian seseorang hanya kepada Allah. Dengan demikian, tiadalah
seorang manusia melainkan menjadi hamba hanya kepada Allah, juga menyerahkan
kekuatannya melainkan kepada Allah.
Ter-Agung
Tidak boleh
disangkal. Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung. Ayat ini mempunyai
beberapa kelebihann yang tidak ada pada ayat lain. Dari kedudukannya dalam
al-Quran, sabda Nabi Muhammad ketika ditanya oleh Abu Zar;
Dari sudut
keberkatanNya di dunia, sabda Rasulullah;
“Bacalah
Ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga
kamu hingga bilik kecil di sekeliling rumahmu”.
1-Jika
dibacakan ketika hendak tidur, akan tenteram lenanya.
2-Jika
orang yang dirantai (dibelenggu) pada malam hari membaca Ayat Kursi sebanyak
1001x, pada pagi harinya dia akan terebas.
3-Jika
orang yang sakit, setiap Subuh selama 3 hari dibacakan Ayat Kursi sebanyak
106x, nescaya dia akan sembuh.
4-Untuk
menyembuhkan sakit kepala, baca Ayat Kursi sebanyak 7x dan jika dibacaca pada
7biji kismis Tha’if, lalu dimakannya, 7 penyakit akan disingkirkan.
5-Jika
hendak menjemput orang yang berada di tempat yang jauh, hendaklah melukiskan
wajahnya, lalu menggantungkannya di luar rumah dan dibacakan Ayat Kursi
sebanyak 41x. Jika orang itu berada dalam lingkungan 100 farsakh (550km) dia
pasti akan datang.
6-Jika
orang yang berada di dalam kapal atau di dalam kenderaan, sama ada kereta atau di dalam pesawat
membaca Ayat Kursi sebanyak 7x, nescaya dia akan selamat sampai di tempat yang
ingin dituju.
Jangan dilupakan. Bacalah Ayat Kursi saat menggunakan kenderaan. Agar nyawa dijaga Allah.
7-Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya
Jangan dilupakan. Bacalah Ayat Kursi saat menggunakan kenderaan. Agar nyawa dijaga Allah.
7-Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya
8-Barang
siapa yang telah selesai menunaikan solat wajib ataupun sunat, kemudian membaca
Ayat Kursi, dia akan terhindar dari kemiskinan dan kekurangan serta tidak akan
engulurkan tangan untuk meminta-minta kepada manusia.
9-Sesiapa
yang secara rutin membaca Ayat Kursi setiap kalu selesai solat wajib ataupun
solat sunat, dengan dermawan Allah dia akan memperoleh harta yang mlimpah dan
hidup serba berkecukupan.
910-Seandainya
sesiapa membiasakan lidah membaca Ayat Kursi, nescaya Dia akan memperoleh
rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka.
11-Barang
siapa yang meletakkan tulisan Ayat Kursi di atas pintu rumahnya, tidak akan ada
pencuri yang memasuki rumahnya. Biiznillah.
12-Barang
siapa yang banyak membaca Ayat Kursi, sebelum meninggal dunia, dia telah
menyaksikan rumahnya di syurga.
Imam Jaafar
as-Shadiq berkata,
“Bacalah
Ayat Kursi dan berbekamlah pada hari apa sahaja yang engkau inginkan”
Menginjak usia 19thun. Adek sendiri
menjadi eksperimen untuk percubaan pertama hahaha
Selongkar punyer selongkar, terjumpa gambo lama*
modus
operandi ber'santai' .
terapeutik dengan bekam .
terapeutik dengan bekam .
Rasulullah
bersabda;
“Bila Ayat
Kursi dibaca di sebuah rumah, maka…..”
1)Tangan Kanan. 3 jari mengalami masalah saraf.
2)Tangan Kiri. 2 jari mengalami masalah saraf.
3)Awalnya, kedua-duanya perlu ber-anduh.
4)Ternyata, tangan kiri lebih lekas menunjukkan kesembuhan positif, sentosa walau tanpa anduh.
*Masalah saraf dialami bila mana sensor atau deria rasa pada kulit tidak dirasai.
( Alhamdulillah. Setelah sekian sudah, jari-jemari kembali pulih tanpa masalah saraf serta kedua-dua skru pada pergelangan tangan berjaya diketatkan kembali. Ajaib bukan? kehebatan Ayat Kursi, kuasa Ilahi)
Ini cuma jaluran sebuah kisah yang telah terjadi.
Namun bagi anda,
Pernah atau sedang engkau menderitai penyakit yang sukar disembuhkan?
.Sama ada
tulang belulang pada suatu tubuhmu dikatakan doktor patah, hancur berkecai?
.Sama ada
sesendi pada sesetengah abdomenmu selenguhnya?
.Sama ada
luka berdarah pada jejarimu terus mengalir tanpa henti?
.Sama ada
pada rongga hatimu disakiti atau digores tak bertepi?
Bersama
Ayat Kursi, yakini akan surut keresahan yang menganggu. Kerana padanya ada
penyembuhan. Asalkan ia diyakini seteguh, serumpun Imanmu..
Sebelum
itu..
Layari
kisah ini..
Abdullah
bin Abi Jaafar berkata bahawa dia menderita suatu penyakit yang amat parah,
di mana para doktor tidak mampu mengubatinya. Suatu malam, ketika merasa
kesakitan, dia berbicara di dalam hati untuk melakukan pengubatan dengan
al-Quran. Lalu dia membaca Ayat Kursi dan meniupkannya ke anggota tubuhnya
sehingga tertidur.
Di dalam
mimpi, dia menyaksikan 2 orang lelaki berdiri di hadapannya dan saling
berbicara, “Lelaki ini telah membaca satu ayat di mana dalam ayat itu terdapat 365
Rahmat dan saat ini lelaki ini baru saja memperoleh 1 rahmat darinya”.
Setelah terjaga dari tidur dia mendapati sakit yang diadapinya telah sembuh!
Ma shaa
Allah!!
1-Jika
seseorang membaca Ayat Kursi lalu meniupkannya ke kaki, dia tidak akan merasa
letih dalam berjalan, In shaa Allah.
2-Imam Ali
ar-Ridha berkata, “Barang siapa yang hendak tidur membaca Ayat Kursi, dengan
izin Allah dia akan terhindar dari penyakit lumpuh”.
3-Rasulullah
bersabda, “Barang siapa yang mengambil air hujan lalu membacakan padanya Surah
al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah
an-Nas, masing-masing sebanyak 70x, lalu meminumnya pada waktu pagi dan petang
selama tujuh hari berturut-turut, Allah SWT akan membuang segala penyakit yang
ada di hati dan tubuhnya, dan mengurniakan kesihatan sempurna kepadanya.
No comments:
Post a Comment