Thursday, August 6, 2015

Ayat 1000 Dinar







Bismillahirrahim.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih lagi diberi penghidupan olehNya. Terus hidup bersama anugerah Islam dan Iman, dengan nikmat sihat dan masa lapang. Telah sekian lama rasanya tak menyinggah ke ‘blog kerana assignment’ ni! Hahaha.. Walaupun blog ini dah lama tak diisi, dengan input yang berinti, harapnya blog ni belum basi! Hehe



Dijentik Allah.

Harapnya, perkongsian ini adalah kerana dijentik Allah. Bukan lah kerana maksud lainnya. Lantaran saya yakin, ayat2 suci penuh bermaslahat dari kalamNya adalah untuk dikongsikan, bukan untuk ditatap sepi diabaikan ke tepi, dihayati lestari seorang diri. Sesungguhnya, cebisan perkongsian ini hanya lah sekadar..

Pedoman bagi yang tahu.
Peringatan bagi yang lalai.

Masalah owhh masalah!

Rona2 kehidupan kita sepastinya bukan lah mendatar. Tidak statik. Tak selalu diulit keceriaan. Ini kan pelangi tak selalu muncul, apa lah pula ingin dibandingkan dengan hidup ini. Umpama sebuah gerabak yang bergerak di jalanan yang dipenuhi dengan bebatuan. Bahkan seumpama mendaki tangga. Tangga pertama kedapatan duri, tangga kedua kaca, tangga ketiga paku, tangga keempat jengking dan segala macam halangan yang menganggu. Namun, sedarlah sayang Allah tidak berbatas. DitunjukiNya jalan keluar dalam mengatasi kerumitan yang kian parah membarah. Seru lah namaNya dengan doa! Getarkan bebibir dengan berpohon padaNya!

“Betapa diri ini sehinanya merayuMu membukakan jalan keluar buat hambamu!”




Ingin Dikongsikan

        Ini cuma sebuah kisah. Bagaimana saya mula-mula mengenalinya? Dimana lokasinya? Dari siapakan saya mengetahui tentang kebesaran ayat2 Allah yang ini?

“MasyaAllah.. petunjuk Allah terlalu indah”
“Sayang Allah Maha Agung”

Tengku Norhuda Engku Hadi. Secantik nama sahabat pada keelokan pekertinya. Daripada dia saya mengetahuinya. Maksud saya dari bukunya. 2013. 4 angka bagi tahun ini selamanya terbaris pada lipatan sejarah yang masih berbenih di ingatan. Asrama Asma’ Dorm 7 SMKA Wataniah, di lokasi ini bukunya saya dapati.

        Okeyh. Begini kisahnya.. terasa rindu saat huruf bagi nama asrama ditaip satu demi satu. Air mata disekang. Sehening dingin pagi. Kebiasaan la kan, bebudak asrama ni.. skema tak skema. Nakal tak nakal. Nak pegi skolah, bersiap awal kowt! Jarang sekali yang lewat atau berlengah-lengah. Masuk bakul sendiri angkat! Well… hahaha

        Februari 2013. Bulan ini tepat bagi akal saya yang cuba mengingat kembali. Namun lupa pada spesifik tanggalnya. Hehe. Alaa… dapat ingat bulan, tempat, anggaran masa pon dah kira  bagos dah kan.. Hmmm

        Huda. Mentang2 la katil dye atas katil saya, bebuku, kekamus, kekitab dye.. selalu jea menghias katil saya.. Awak, sampai sekarang saya tak lupa! Kebetulan dah lebih 3x kami berjodoh 1 dorm yang sama. Sepanjang STPM pulak, suka jea dye pilih katil beradu atas katil saya.. hahaha

        Apa2pon, tak kisah soal segala apa yang ditumpangkan atas katil saya, sebab ghalibnya bukan barang2 yang tak penting. Terkadang bebukunya turut ditelaah sahabat2nya. Patot ucap time kaseh jugak ni! 

        Suatu pagi, sambil membuang waktu melihatkan mentari lambat muncul, tepandang akan buku kecil yang nipis di atas katil saya, namun bukan milik saya, miliknya. Diamati. Tak disedari sehelai demi sehelai pages telah diselak. Seketika menghayati.

        Seriously! Terkagum pada kisah di sebalik Ayat Seriu Dinar. Mungkin bagi majoriti orang yang sudah melazimi pada diri, ayat ini telah sedia diketahui sejak sekolah menengah mungkin, atau kalau sejak sekolah rendah, memang hebat laa didik asuh yang diterima. Tabik spring gua kalau Ayat 1000 Dinar bagi adek2 darjah 2 zaman metropolitan sekarang dah sering sangat jadi sebutan suara semacam surah al-Fatihah! Selute kat Umi Abi diorang! Respect ar akak kat adek!

Tetapi pada saya yang mengetahuinya pada usia 19 tahun, still terasa tak terlalu lewat untuk saya turut merasa aura ayat ini, meskipun bukan pada usia yang lebih awal dari ini. Tambahan, dunia pelajar amat dikekang oleh timbunan tugasan jua tanggungjawab yang sering kali mengonarkan fikiran, menyerabutkan medulla oblongata otak. Huhhh!



Benar2 Berlaku!

Ponteng kelas Syariah! Ni 1st time okeyh. Bersebab. Bukan sesuka suki hatiku. Jangan pesimis! Assignment bertimbun ( belum masuk unibersiti dah panggil assignment. Hehehe. Doa tuh! ) Maksud saya PBS ( Peperiksaan Berasaskan Sekolah ). Almaklum laa.. jadi budak STPM sistem baru. Sistem modular. Bukan lagi sistem Terminal. Dikatakan, bebudak STPM batch kami eksperimen kerajaan. Maybe. Sebab, sebelum ni, takde pon PBS dan peperiksaan jenis semester yang membingungkan! Alaahiii..

Owhh ya, pasal si Atiqah ni memonteng. Terlari cerita plak.. hehe. Esok akan diadakan perhimpunan sempena hari persaraan Cikgu Kamariah. So, Cikgu Azwan mintak saya siapkan sajak untuk beliau. ‘Cikgu Azwan’ meskipun tak pernah menjadi guru bagi sujek yang saya ambil. Namun, nama beliau cukup gah pada kaca mata saya as a student, inikan pulak sekolah.

“Terima kasih Cikgu!”

Sewaktu Form5, 1 karangan BM saya beberapa kali disemak oleh 2 orang guru cemerlang BM. Terasa cukup dihargai! Hehe.. Masa form5, Cikgu Azwan dan cikgu kelas saya sendiri, Cikgu Rusmini sudi menyemak karangan saya.. walhal menerima banyak tanda merah dengan aneka komentar, tetap ada tersisip rasa keterharuan itu ^-^

Apa yang nak dikatakan, terasa dekat dengan Cikgu Azwan yang sering membimbing saya dan rakan2 dalam bab penulisan, ayat gramatis, bombastik dan sudi menyiarkan karangan saya ke dalam majalah sekolah walaupun tak dihantar untuk tujuan itu, masa Form4 silap tak silap. Mungkin la.. bagi pelajar lain yang genius, rasa dihargai begitu normally buat mereka. Tapi bagi pelajar bebiasa semacam diriku.. dihargai begitu, ada sekelumit abnormal itu dan sudah cukup memberi kesan pada naluri. 

Lagi terpesong cerita. Bayangkan, tengahari itu emosi terganggu, pening kepala, banyak kerja tak siap, diminta menyiapakn sajak dan dihantar sebelum waktu pulang sekolah. Waktu arahan baru sebentar tadi. Jadual kelas pack kowt! Sempat ke?  Rentetan itu, terpaksa ponteng kelas ( alasan# ). Alhamdulillah Ustaz Hilmi memaafkan dan memahami.

Prepp dihadiri. Tapi tak bersama kengkawan. Cari idea konon2nya! Tapi…tapi.. satu rangkap ayat pon sesusahnya nak karang! Petang itu jugak di kelas. Pagi di kelas, petang di kelas, malam di kelas. Nampak tak, kenapa kipas dah semakin perlahan frekuensi kelajuannya? ni.. sebab terpaksa berkerja seharian untuk budak yang tak reti2 nak balik asrama ( macam la kipas tahu penat# ). Hmmm.. Namun, tak jugak siap2. Akal nakal berkira-kira nak bolos. Tapi camne? Nak bagi alasan apa? Terasa kebersalahan yang besar, permintaan dari seorang guru kita abaikan. Dah la due time yang sepatutnya hantar dah tamat. Hmmm

Prepp malam. Menyendiri dah kelamaan. Di lokasi sepi sesuram kelam malam.Sajak ni masih tak jalan! Ya Allah tunjukkan ku jalan! Malam kian larut. Malam akan pergi. Ingin dijemput pagi. Mencari idea yang baik bagi seorang pelajar yang tak seberapa nak pintar ni, masalah buatku! Maka, bermula lah kisah ayat seribu dinar yang tetiba diingat. “Membukakan jalan keluar. Menyelesaikan masalah?”

“Okeyh. Lets start!”

Ehh. Maksud saya. Bukan mula mengarang. Tapi mula mencari kesahihan untuk keyakinan sendiri. Ayat ini benar2 hebat? Sesekali tidak saya menyanggah ayat Quran. Namun, ayat ini belum begitu melekat di hati. Belum sebati. Nak membuktikannya, pasti butuh waktu. “Dari arah yang tidak disangka-sangkanya”, kalau saya dapat membuktikan kehebatan ayat ini dengan dapat menyiapkan sajak ini dalam tempoh masa yang singkat, pasti selari dengan makna ayat “tak disangka-sangkakan, right?

Kebuntuan membawaku melenakan diri, dengan harapan nanti termimpikan sajak yang puitis. Mana mungkin. Hehehe. 4 a.m, Bingkas bangun. Melunaskan tuntutan peribadi dan bersedia untuk mulakan mengarang setelah ayat 1000 Dinar diulang sebut. 
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Disudahi dengan Alhamdulillah.

Kira-kira bermula jam 04.45 a.m sehingga subuh, sedang leka menekan keyboard. Tak disedari, serangkap demi serangkap, bait demi bait sehingga ke garis terakhir berjaya kunokhtahkan. 3 helai kertas dalam masa hampir sejam, essei Pengajian Am semuka pon terkadang makan masa 2 jam. 

Ooo… Rakan-rakan yang nak bersiap ke sekolah pagi tuh, ada yang bertanya.. “dah siap? dah siap?” kata Asma, “dah, dah la qah, buat jea asal siap”. Hahahaha.. Alhamdulillah, setelah akhirnya. Senyuman yang terukir adalah dari kelegaan kerana Ayat 1000 Dinar! Woww  
    
Ayat hebat ini menyelamatkanku lagi! Kelewatan berangkat ke sekolah. Mana Pak Guard ni? Mana pengawas asrama? Biasanya yang lambat, andai tak baca Bismillah, jika langkah kiri, kalau nasibnya terkena, di bawak sampai jumpa Pengetua! Dah la kena sign ‘borang aku janji’. Then dapat pulak bonus rotan 1 das! Tembakan 1 peluru! ( takdela sehinggakan dibedil-nya kami haha) Tapi sampai kena berdiri di depan perhimpunan itu dah biasa. Kiranya nak jadi famous free2, nil ah metod-nya. Mudah kan?  Begini lah ketatnya sekolah yang sedang mencari nama.. ho ho ho 

Pagi itu kelewatan yang bukan seperti selalu. Sampaikan Cikgu Azwan terpaksa cari saya di kelas dan waktu itu saya belum masuk kelas lagi. Nampak la memang lambat bangat! Mana kreadibiliti saya sebagai pelajar senior yang paling lama di sekolah tuh? 7 tahun jea pon. Yea la.. memang paling lama la kan, sebab mana ada Form7. Patotnya datang awal, bagi contoh kat adek2. Poyo jea#Padahal sering jea lambat. Hehe

Nampaknya, ayat ini menyelamatkan saya lagi! Hanya sekali pandang,  3helai kertas saya diterima beliau. Pelik. Sebelum ni, kalau karangan saya zaman Form5… sampaikan lebih dari sekali terpaksa dibetulkan. Cikgu Azwan memang diakui seorang yang amat peka dalam bab bahasa, mungkin kali ini kerana kesungkutan masa. Ayat 1000 Dinar membantu dengan kondisi yang sebegitu.

“Awak buat, awak bacakan laa sajak ni”
“Saya akan beritahu Sir Nik, dye tak perlu baca, awak yang baca”

Hahhh? getus hati, nak pergi siapkan PBS sebenarnya. Lagi pula, majlis cuma berkisar sebentar lagi, pening tak surut lagi, mengantuk masih tak menghilang, saya sendiri belum ready! Mustahil nak semberono bersajak di khalayak ramai? Di mana nak disorok malu ini? Adehhh! 

“Camne? Bagaimana”
“So, how?”

Ternyata Ayat 1000 Dinar terus menyelamatkan pembacanya. Alhamdulillah… pengalaman yang cukup memberi impak yang tinggi untuk kenangan abadi, walaupun audio yang dirakam Ustaz Dasuki tak berkesempatan untuk didengari. Cerita ini yang permulaan, terus menyusur galur lagi kisah2 lanjutan dari ayat 1000 Dinar. Kalau tidak kerana masalah ni, pasti tidak kukenali fadhilatnya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. untuk mukaddimah ceritera bersama Ayat 1000 Dinar yang memberi makna dalam hidup saya sehingga terzahir cerita2, peristiwa2, tragedi2 seterusnya bertitik tolak dari kehebatan ayat ini.. Antaranya,
 
USIM





( Islamic Science University of Malaysia )




April 2013. Inilah yang pertama. Menjejaki Universiti. Walaupun bukan sebagai seorang penuntut, perantaraan pertandingan membawa kami berempat melangkah ke sini. 

        Bukanlah cerita di USIM ingin saya coretkan. Akan tetapi, sebaik kepulangan kembali ke skolah. Meninggalkan skolah hampir seminggu membawa implikasi tugasan yang membukit. 

        Tanpa jemu Ayat 1000 Dinar menyebarkan fadhilatnya. Beberapa assignment perlu dihantar keesokan pagi Khamis! Kengkawan yang lainnya bertungkus lumus menyusun atur menyiapkannya. Sebilangan besar mengambil turn untuk print out, sedang giliran saya paling terkebelakang untuk print. Printer kian semput2. Sesekali sendawa tak henti. Kenapa tidak, bekerja sejak tadi.



*Ternyata, bersahabat juga adalah ketika susah..



Diringkaskan, Ayat2 Allah ini meyalurkan pertolongan kepada insan yang yakin akan diberi kemudahan olehNya. 2 orang sahabat saya dengan kesudian hati mereka ingin membantu sampaikan kalian ‘ber-al Mulk’ di bilik PPU. Melihatkan mereka berdua bertungkus lumus membantu, edit pages sebab banyak yang dah lari, edjaz printer, masukkan ink.

“Mu duduk diam2 qah, aku buat”
“Bakpo sep mu terlalu baek kat aku? Maaf aku selalu menyusahkan”
“Ini namanya sahabat!”

Ouchh.

Tak tersedar air mata yang bertakung. Terima kasih sahabat. Biarkan ia melukis di ingatan kita. Moga Allah merahmati kita..

Sehinggakan hampir larut malam, tugasan saya siap di-binding cantek! 

“Allahuakhbar!”
“Kupanjat syukur buatMu Tuhan”

Saya seolah si pelari pecut 4x100 yang keletihan diberi minuman dingin bersama kiub ais yang menyegarkan. Sedemikian dirasa lega tak terkata, bilamana tugasan demi tugasan akhirnya lunas disiapkan. Finally..

“Time kaseh untuk ayat2Mu Ya Allah!”
“Syukran sahabat2 untuk bantuan kalian”

“Thank you untuk perjalanan hidup ini yang mempertemukanku denganMu..Wahai Ayat 1000 Dinar!

  
Ayat 1000 Dinar.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
  
Seagung kepingan dinar yang bernilai tinggi! Mengenainya tersingkap hikmah disebalik sejarah untuk direnungi.

Fadhilat Ayat 1000 Dinar!

Dengan keizinan Allah, kemaslahatan ini akan dikecapi kepada sesiapa yang mengamalkannya secara istiqamah:

1-Dibukakan ke atasnya solusi dari segala kesusahan yang menimpanya.

2-Mendapat kemurahan rezeki dari sumber yang tidak pernah diduga olehnya.

3-Dicukupkan keperluannya oleh Allah.

4-Jangan hairan bin aneh ada yang membantu, sedang kamu dalam buntu fikiran tak menentu.

5-Dapat mengusir kekeluhan dan keresahan hatinya.

6-Memperoleh pengawasan dan perlindungan oleh Allah dari musibah dan malapetaka seperti peperangan, penindasan dan bencana alam.

7-Diberi kemudahan dan kelancaran gerak kerja yang dilaksanakannya.

8-Sekiranya berperang, InsyaAllah tidak akan cedera kecuali telah tiba ajal mautnya.

9-Ditunaikan oleh Allah permohonan dan keinginannya.

10-Menjadi hamba yang mempunyai tali pergantungan yang Maha konkrit terhadap Pencipta.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Al-kisah, telah diriwayatkan pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 Dinar..

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.






( Diakui banyak sumber )



Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.



( Lambakan buku di pasaran sebagai rujukan )




Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

1.    Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.

2.   Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

3.   Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.

4.   Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
5.   Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT. 

Adalah lebih afdhal mengamalkan ayat ini pada ketika-ketika seumpama ini:

1.    Usai solat lima waktu,
2.   Tatkala hendak tidur tiga kali,
3.   Sebaik keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Setelah mengetahui khasiat ayat ini disamping latar belakang ayat 1000 Dinar ini, maka eloklah kiranya kita menghafal, menghayati makna2nya serta mengamalkannya dalam kita melayari bahtera kehidupan kita. Ayat 1000 Dinar ini tiada batasan waktu atau usia untuk memparktikkannya, baik murid2, pelajar, peneroka, pengembala, petani, pensyarah, permaisuri agung sekalipun. Hal ini rentetan kerana, siapa kita untuk meneka aneka kemungkinan pada masa mendatang? Dengan lilitan konflik melingkari setiap abdomen tubuh kita. Owh mohon ya Rabb jauhkan. Lantaran malang tidak berbau. Moga Allah memberi kemudahan dan keredhaanNya ke atas satu demi satu urusan yang kita perbuat di muka bumiNya. 

Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, segala sesuatu yang jelek itu pasti dari hambanya yang masih cuba membaiki diri.

Catatan 08072015: 5:30 a.m


No comments:

Post a Comment