Kekaguman akan nama yang
rupanya ternama,
Monolog-ku pada kerlingan
yang pertama,
Terbungkam kagum pada
cemerlang katanya,
Sesingkat masa ku-induksikan
dirinya,
PROF MADYA DR. AHMAD
SUNAWARI LONG,
Sebegitu panjang menjadi
namanya.
Sebermula pada nama Pencipta
yang telah melakar dunia dengan penuh hikmah. Saya rafakkan kesyukuran menerusi
nukilan oleh jari-jemari yang menaip. Alhamdulillah..sepurnama tempoh masa
untuk satu tugasan pada sehelai kertas yang cuma semuka dari tulisan tangan!
Pada penghujung masa yang digarap, inilah hasilnya, mengenai ‘Avampace’, yakni ‘Ketokohan
Ibn Bajjah’.
“Prof, inilah tugasan pertama
kami sebagai siswa siswi”,
“Terima kasih Prof. Demi
arahan, segerak mampu saya hasilkan blog”,
“Sehidup dua dekat, inilah yang
pertama!”.
Mengenang saya akan ujaran
Prof. Maksudnya Prof yang tak lari jauh berbunyi, “Mendalami ilmu falsafah,
kemudian harus menyebarkannya. Itulah fungsi blog”.
Tergelak halus, secebis rasa,
bahawa tugasan kedua adalah menghasilkan blog!
Tugasan universiti tahun
pertama adalah menulis blog!
Tugasan oleh insan 3peringkat
tertinggi ilmu falsafah adalah mencipta blog!
Seselang hari kemudian, setelah
difahami, tugasan mencipta blog membawa makna yang bukan main-main. “Mencari
dan memberi dengan berkongsi”. Menurut Prof, “Kongsilah tugasan ilmu kamu,
semoga ia bermaslahat kepada manusia dunia yang membaca ”. Sedarilah saya, ilmu
falsafah atau ilmu-ilmu yang lainnya, bukan hanya untuk nafs tetapi juga untuk
generasi.
Sebelum ada kata tuntas, kepada
si sahabat, Wani Nazri, betapa sangat dihargai sisa-sisa masa kita di PTSL
dalam merujuk pelbagai sumber. Buat yang membaca dan ‘Prof kami’ yang terutama,
mohon maaf kerana pastinya hasil kerja pertama ini didapati banyak yang
terkurang.
Ulangan maaf juga andai coretan ini mengundang salah tafsir, serta gambar Prof yang dipamer tanpa izin di blog pertama saya ini, dengan ini saya mohon keizinan. Bukan nak mempopularkan muka, apatah lagi melariskan buku Prof, kerana dengan 3tahap pengiktirafan dalam pendidikan, manusia itu sudah sedia tersohor. Tiada tujuan lainnya, sekadar untuk mengalungkan tanda terima kasih.
Ulangan maaf juga andai coretan ini mengundang salah tafsir, serta gambar Prof yang dipamer tanpa izin di blog pertama saya ini, dengan ini saya mohon keizinan. Bukan nak mempopularkan muka, apatah lagi melariskan buku Prof, kerana dengan 3tahap pengiktirafan dalam pendidikan, manusia itu sudah sedia tersohor. Tiada tujuan lainnya, sekadar untuk mengalungkan tanda terima kasih.
Tustasnya, sehelai semuka,
tugasan mengenai ‘Ketokohan Ibn Bajjah’, saya nokhtahkan.
No comments:
Post a Comment