Saturday, October 25, 2014

'Beliau' di gelanggang lari2 !

26 OKTOBER 2014 tercatat memior.

Pagi ini. Kala suria yg kian menginjak ke ufuk.

Ketemu beliau di Stadium UKM !


 Cuba teka. Siapakah? Sesekali sy tak melintasi. Bagi ruang Prof di depan..hehe


Si kawan, “Ehh,, Kah.. tu Prof mu !
 Agak terkejut. Cover2..Hehe

“Err..Assalamualaikum Prof”, sapaan dalam pada  ‘mata yg tengah membulat(masih terkejut)’

Alaa..student sem 1, tahun1..jumpa Prof pun terkejut..
Ape la..HAHA
Maksud sy, dek kerana jumpa kat court.
Kalau jumpa di fakulti ke..kuliah ke..bilik tutor ke..
Tak de la aneh bin ajaib bin hairan bin pelik sangat..

HAHA

PROF MADYA DR AHMAD SUNAWARI LONG-lecturer Pengantar Falsafah


Penghuni kediaman Pendeta Za’ba, Fatanah dan Pengetua-nya



Nampak tak..muka bangga tu ?
Terbaik Prof..8round.
Tapi sy 13…errr


Ditanya Prof.. “bila boleh tengok, ni ? ”
Masa ni lah nak promote blog.. HEHE..“nanti sy masukkan dalam blog”
Untuk hari ni..sederaplangkah menokhtahkan cerita.
Sambung buat assignment yg bertimbun..

Tuesday, October 21, 2014

dia tiada terganti..


       Kini masih di sini..
                     Kiranya suatu nanti..
           Apakah yg terjadi..
     ‘Kalau-jikalau’ itu kegusaran ditakuti..


                             Andainya muncul selama nanti..
                                          Tiada lagi dia disisi..
                                              Pasti saya tiada lagi yg menanti..



                                 Betapa dia adik sangat dihargai..
                  Antara kita ikatan pejal yg sejati..

Sungguh, seorang dia tiada terganti..

Thursday, October 9, 2014

Akan Bahagia yang Dicari..

Kiranya bahagia yang dicari…
Mengapa sering2 Tuhan dijauhi ?
Mengapa sering2 aturan agama diketepi ?
Mengapa sering2  intrisik sombong menyelubungi diri?
Mengapa sering2 tak punya korelasi ?
Mengapa sering2 tak cuba memahami?
Mengapa sering2 soal bantu dipandang sepi ?
Mengapa sering2 berkira-kira untuk memberi ?
Mengapa sering2 berertinya diri tak disedari ?
Mengapa sering2 kesemua dari itu dilupai ?
Bukankah bahagia yang dicari ?



                                   Ku berjalan ke sana sini..
                       Beraneka ragam kanan dan kiri..
                       Didalam hati bahagia yang dicari..
                       Adakah mungkin akan-ku temui??



                          Tak perlu cuba mencari,
Didalam gelap takkan ditemui,
Teruskan hidup tanpa berhenti,
                      Dihujung dunia pasti dinanti..




           


                                                             





Sunday, October 5, 2014

Refleksi dari Sisi Persepsi.


Kekaguman akan nama yang rupanya ternama,
Monolog-ku pada kerlingan yang pertama,
Terbungkam kagum pada cemerlang katanya,
Sesingkat masa ku-induksikan dirinya,
PROF MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG,
Sebegitu panjang menjadi namanya.



Sebermula pada nama Pencipta yang telah melakar dunia dengan penuh hikmah. Saya rafakkan kesyukuran menerusi nukilan oleh jari-jemari yang menaip. Alhamdulillah..sepurnama tempoh masa untuk satu tugasan pada sehelai kertas yang cuma semuka dari tulisan tangan! Pada penghujung masa yang digarap, inilah hasilnya, mengenai ‘Avampace’, yakni ‘Ketokohan Ibn Bajjah’.

“Prof, inilah tugasan pertama kami sebagai siswa siswi”,
“Terima kasih Prof. Demi arahan, segerak mampu saya hasilkan blog”,
“Sehidup dua dekat, inilah yang pertama!”.

Mengenang saya akan ujaran Prof. Maksudnya Prof yang tak lari jauh berbunyi, “Mendalami ilmu falsafah, kemudian harus menyebarkannya. Itulah fungsi blog”.

Tergelak halus, secebis rasa, bahawa tugasan kedua adalah menghasilkan blog!
Tugasan universiti tahun pertama adalah menulis blog!
Tugasan oleh insan 3peringkat tertinggi ilmu falsafah adalah mencipta blog!

Seselang hari kemudian, setelah difahami, tugasan mencipta blog membawa makna yang bukan main-main. “Mencari dan memberi dengan berkongsi”. Menurut Prof, “Kongsilah tugasan ilmu kamu, semoga ia bermaslahat kepada manusia dunia yang membaca ”. Sedarilah saya, ilmu falsafah atau ilmu-ilmu yang lainnya, bukan hanya untuk nafs tetapi juga untuk generasi.

Sebelum ada kata tuntas, kepada si sahabat, Wani Nazri, betapa sangat dihargai sisa-sisa masa kita di PTSL dalam merujuk pelbagai sumber. Buat yang membaca dan ‘Prof kami’ yang terutama, mohon maaf kerana pastinya hasil kerja pertama ini didapati banyak yang terkurang. 

        Ulangan maaf juga andai coretan ini mengundang salah tafsir, serta gambar Prof yang dipamer tanpa izin di blog pertama saya ini, dengan ini saya mohon keizinan. Bukan nak mempopularkan muka, apatah lagi melariskan buku Prof, kerana dengan 3tahap pengiktirafan dalam pendidikan, manusia itu sudah sedia tersohor. Tiada tujuan lainnya, sekadar untuk mengalungkan tanda terima kasih.


Tustasnya, sehelai semuka, tugasan mengenai ‘Ketokohan Ibn Bajjah’, saya nokhtahkan.

Ketokohan Ibn Bajjah


Signifikan filsafat umpama derapan langkah bagi putaran masa yang terus mewarnai dunia. Tapak kekuatan marcapada adalah agama dan falsafah. Manakala sains dan teknologi adalah susulan daripada falsafah yang digarap menerusi akal fikir. Ilmu falsafah itu sebenarnya mencintai hikmah yang akhirnya untuk mengenali Pencipta, seterusnya untuk mencapai eudaimonia, yakni kebahagiaan.

Ibn Bajjah atau ‘Avampace’ merupakan gelaran yang cukup dikenali bagi Abu Bakr Muhammad Ibn al-Say’igh, di Barat (Ahmad Sunawari Long 2008, 229 ). ‘Avampace’ bagi Ibn Bajjah dinamai oleh orang-orang Eropah pada abad pertengahan (A. Hanafi, M.A 1969, 230). Al-Tujibi juga antara gelaran bagi Ibn Bajjah, bersempena dengan nama keluarga Tujibi yang pernah memerintah Saragosa. Saragosa, Sepanyol juga merupakan tempat lahirnya beliau. Kesahihan mengenai tarikh kelahiran beliau tidak dapat dipastikan, namun dianggarkan oleh sejarawan pada abad ke 5 Hijrah/akhir abad ke 11 M. Ibn Bajjah menemui ajalnya pada tarikh 1537 Hijrah/1138 M akibat diracun oleh Doktor Abu al-Ula Ibn Zuhr, seterusnya disemadikan di Bandar Fez, Moroko (Ahmad Sunawari Long 2008, 230).

Falsafah Ibn Bajjah mengenai uzlah falsafi, yakni menyendiri secara falsafah, menjadi penolak kepada uzlah sufi al-Ghazali. Beruzlah falsafi bukanlah memberi tafsiran kepada meminggirkan diri daripada orang awam, akan tetapi menjauhkan diri daripada perkara keji dan melaksanakan amalan terpuji. Usaha manusia dengan menyendiri secara beruzlah falsafi dan terlebur dengan ‘Akal al-Fa’al’, merupakan arah untuk berhubung dengan Tuhan (ittisal) (Ahmad Sunawari Long 2008, 231 ). Asahan berfikir yang digariskan beliau ini, sekali gus menolak amalan tasawuf yang diutarakan al-Ghazali (Mahmood Zuhdi Ab.Majid 2000, 69).

Lantaran kehebatan Ibn Bajjah dalam falsafah, berbagai karya unggul dihasilkan. Betapa tidak, buah fikiran politik beliau yang berpengaruh adalah melalui kitab Tadbir al-Mutawahhid (Imam Ahmad Ibn Nizar 2013, 332). Skop falsafah politik beliau seakan tiada bezanya dengan nukilan Plato, “manusia secara semula jadinya adalah berpolitik ”, (Ahmad Sunawari Long 2008, 230). Polemik dan persoalan jiwa pula dikupas di dalam kitabnya An-Nafs. Perkaitan jiwa raga manusia dan Tuhan, serta kebahagiaan yang merupakan puncak tertinggi daripada kewujudan manusia turut diterangkan di dalam kitab An-Nafs (Imam Ahmad Ibn Nizar 2013, 332).



Tuntasnya dirangkum daripada kontemplasi yang cukup vital. Penilaian ini berkisar kepada sumbangan filsafat Ibn Bajjah dalam disiplin ilmu falsafah itu sendiri. Meneladani ketokohan dan filsafat yang diketengahkan beliau dapat membenih ‘cinta akan hikmah’, yakni ‘cinta akan kebijaksanaan’ yang sewajarnya diraih. Mengasah akal kritis, memahami metafizik, terbuka dengan uzlah falsafi dan menolak kedogmatikan adalah kerangka keberkesanan ilmu falsafah yang menjadi pemangkin warganegara global yang berkorelasi.

Tabir Rindu dari Kejauhan..


Buat  ayah dan masjid si seri diri yang menemani,
Buat emak yang ditatapi kala sepi,
Buat kakak, yang cuma seorang itu banyak berbudi,
Buat yang sering lewati kami tika sunyi, dia si adik lelaki,
Buat si bongsu, pemangkin juang diri,
Desesah jauh tak sesekali meminggiri,

Apa itu? Nada rindu resahan hati.