Awwalan..kesyukuran akan DIA yang telah memberi sirna pada
kerdipan kejora yang menyinari alam buana..
*Sejenak curi masa..
Adalah pena yg mencoret ini pada emansipasi rasa yg tiada
tara..
Sedang yg menitis ialah air mata..
Setelah keterikatan antara hati-hati ini yg sarat rasa..
Akan eudaimonia, bahagia kala dekat, jauh rindu nan meronta..
.........................................................................................................Aidatiqah..
Dalam pada tak sedar, dear Nur Aida telah menginjak angka 17 tahun.
Seakan terasa PMR bagimu belum lagi mampir..
Walhal SPM yg kini kamu pertaruhkan..
Sebegitu singkat waktu melunaskan fungsinya..
Seakan terasa PMR bagimu belum lagi mampir..
Walhal SPM yg kini kamu pertaruhkan..
Sebegitu singkat waktu melunaskan fungsinya..
Masih ada selang waktu yg belum terhenti.
Dear adik, si dia SPM-mu,
Kunjungan sms bonda pada nama Aida yg tak sesekali
lekang..
Cuma seruan doa, titipan ingatan yg umpama dibakar tak padam..
Menyingkap bicara kita yg dimeterai pada saling memahami..
Tiada seteru bahawa otak kita cuma brand standard2..
Relatifnya kita cemburui pada mereka yg mula genius dari
genatik,
Kami ada dan senantiasa ada meski bayangan diri tak terpamer oleh indera mata..
Hikmahnya dibalik tirai tersirat tak dapat dirungkai,,
Kerana hayunan langkah lampauku telah melewati..
Saat getir tiada tepian..
Kerana hayunan langkah lampauku telah melewati..
Saat getir tiada tepian..
Meski aksara 2011 kufaktakan ia segalanya..
Ternyata kedangkalan tahu merubahnya kini..
SPM segalanya benar, namun bukan segala-gala dan galanya..
*SPM segalanya, kamu-lah yg segala-gala dan galanya..
No comments:
Post a Comment