Friday, November 28, 2014

Pengalaman itu kepuasan !





Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim..


*Sejenak curi masa..

Jagat jaya stadium UKM siang tadi bernyanyi sorakan..
Detak jantung-ku kian terasa getaran..

          SUKEM olahraga UKM-28 November 2014. Agak lucu untuk sy kongsikan. 100 Meter individu dan 4x100 berkumpulan untuk hari ini. Hanya sekadar penyertaan kerana tak mampu membawa pulangan apa2. Namun itu satu kepuasan. Yaa..pada pengalaman ada kepuasan. Kerinduannya sy pada era usia sekolah rendah, menengah juga PLKN. Merentas desa dan acara kaki, seumpama lari2 itu suatu aktiviti yg dah sebati bagi diri. Setelah  disisihkan ke tepi acara sedemikian, pada hari ini Dia mengizinkan sy merasakannya lagi.




Edited of 'Luce'


Antara peserta olahraga Kolej Dato' Onn
Syufaat, Fareen, Ummu dan Azim




Opss,,jangan sampai terlupa. Si gadis ini photographer kami. T.kaseh untuk kesudiannya :D


,



 Saat berdebar yg sy pinggirkan bilamana menanti das tembakan yg merupakan sudut pembeza dengan peserta lain. Setiap dari posisi yg tak sama pasti punya rasa yg juga tak serupa. Itu cuma kenagan sy peserta pertama..

Kepada Najjah, Ummu dan Fareen, t.kaseh untuk luangan masa bersama siang tadi, meski cuma seketika adanya..
                         Tak dapat apa2 tak apa..
                          Kita cuma nak rasa..
                          Sebagaimana hari ini bukan seperti biasa..
                          Cukuplah ia kenangan semata..
Sebenarnya sebegini makna dari sederap langkah. Yakni, setiap hari kita melangkah. Tamsilannya masa yang terus berdetik meninggalkan zaman. Sebegitu juga kita yang terus mencari sisipan makna dari kehidupan. 
                             Waktu itu terus berlalu dan berlalu.
                             Kita pula terus melangkah dan melangkah.
                             Dahulu begitu. Hari ini adalah sebegini.
Sy sedang belajar untuk memaknakan kehidupan..iaitu dengan merasa..

Terimbau ujaran adik (kata2 yg dicuri dari kata2 yg entah siapa )
Seingat sy, 
"Hati itu mudah bosan seperti badan. Oleh itu, carilah segi-segi kebijaksanaan untuk mengisi ruang hati"

Sy nokhtahkan ia pada sekilas masa jam 3.19 am.